Perang Amerika, Israel dan Iran: Kumpulan pro-Iran di Iraq lancar serangan dron sasar loji nuklear UAE
Anggaran Waktu Membaca:
Loji Nuklear Barakah. (Gambar: AFP/Barakah Nuclear Power Plant)
DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa (18 Mei) menyatakan bahawa sejumlah dron yang menyasarkan loji nuklearnya pada minggu lalu adalah dari Iraq, iaitu tempat di mana kumpulan-kumpulan yang disokong oleh Iran melancarkan beberapa serangan sejak perang di Timur Tengah bermula.
Pada Ahad (17 Mei), sebuah dron yang tidak diketahui pemiliknya membedil sebuah penjana elektrik berhampiran satu-satunya loji tenaga nuklear dunia Arab yang terletak di Barakah, Abu Dhabi.
Serangan itu mencetuskan kebakaran namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kebocoran radiasi. Dua lagi dron berjaya dipintas.
Barakah terletak berhampiran dengan sempadan Arab Saudi serta Qatar, dan serangan tersebut mencetuskan kebimbangan mengenai kesan buruk yang boleh berlaku di seluruh rantau Teluk.
"Sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap serangan terang-terangan ke atas Loji Tenaga Nuklear Barakah pada 17 Mei 2026, pengesanan teknikal dan pemantauan mengesahkan bahawa ketiga-tiga dron tersebut... semuanya dari wilayah Iraq," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan UAE.
Pihak berkuasa juga berjaya memintas enam lagi dron dari Iraq dan "cuba menyasarkan kawasan awam serta kawasan penting" dalam tempoh 48 jam yang lalu, tambah kementerian itu.
Pihak berkuasa Iraq mengutuk serangan ke atas Barakah sebelum Abu Dhabi mengumumkan dari mana dron-dron tersebut dilancarkan.
Iran menyerang UAE dan negara-negara Teluk yang lain sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas negara itu pada 28 Februari lalu, dengan menyasarkan aset-aset Amerika Syarikat serta prasarana tenaga dan kawasan awam.
Sebelum gencatan senjata pada 8 April dikuatkuasakan, kumpulan-kumpulan dari Iraq yang disokong oleh Tehran campur tangan untuk menyokong Iran dan menyerang kemudahan Amerika Syarikat di Iraq serta rantau yang lebih luas, termasuk negara-negara Teluk.
Kumpulan-kumpulan yang disokong oleh Iran di Iraq tidak mengaku bertanggungjawab atas sebarang serangan sejak gencatan senjata bermula, walaupun negara-negara Teluk ada melaporkan serangan dari Iraq.
Namun begitu, tapak nuklear tersebut tidak pernah diganggu sehinggalah kejadian pada Ahad lalu.
Loji Tenaga Nuklear Barakah merupakan sumber elektrik terbesar di negara itu dan menjana kira-kira seperempat bekalan tenaga nasional.
Tapak tersebut sememangnya berada dalam radar sasaran Iran. Pada Mac lalu, media Iran menerbitkan senarai loji tenaga yang berpotensi menjadi sasaran, termasuk loji Barakah.
Pada Ahad (17 Mei), Arab Saudi turut melaporkan bahawa mereka berjaya memintas sejumlah dron dari Iraq, manakala Baghdad menyatakan bahawa sistem pertahanannya tidak mengesan sebarang dron yang dilancarkan dari wilayahnya menuju ke Arab Saudi.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.