Perang Amerika, Israel dan Iran: Koridor Tengah dilihat sebagai alternatif laluan terjejas dek perang Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Koridor Tengah mampu berfungsi sebagai alternatif kepada laluan yang terjejas akibat konflik yang sedang berlaku, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Negeri-Negeri Turki (OTS), Kubanychbek Omuraliev.
Bercakap kepada Anadolu Ajansi (AA) di Forum Diplomasi Antalya kelima di selatan Turki, Encik Omuraliev menekankan kepentingan koridor itu yang semakin meningkat, sambil menarik perhatian bahawa ia sebelum ini dilihat terutamanya sebagai laluan alternatif - khususnya sebelum tercetusnya konflik Rusia-Ukraine dan ketegangan di Timur Tengah.
Beliau berkata dalam jangka pendek, koridor itu menjadi lebih cekap, selamat, singkat dan murah.
Koridor Tengah, yang juga dikenali sebagai Laluan Pengangkutan Antarabangsa Trans-Caspian, merupakan rangkaian pengangkutan multimod yang berkembang pesat - menggabungkan rangkaian kereta api dan maritim - yang menghubungkan China dan Asia Tenggara ke Eropah melalui Kazakhstan, Laut Caspian, Azerbaijan, Georgia dan Turki.
Menyentuh tentang peranan OTS, beliau menegaskan bahawa organisasi itu tidak direka untuk menyelesaikan konflik secara langsung, sebaliknya berfungsi sebagai badan antara pemerintah serantau yang menumpukan kepada kerjasama dalam pelbagai bidang.
Menyifatkan organisasi itu sebagai unik, Encik Omuraliev mengetengahkan asas penubuhannya yang berteraskan perkongsian sejarah, budaya, bahasa dan warisan.
Menurut Encik Omuraliev, organisasi itu kini beroperasi merangkumi pelbagai bidang termasuk dasar luar, pelancongan, pertanian, pengangkutan dan angkasa lepas.
Merujuk kepada sidang kemuncak tidak rasmi ketua-ketua negara OTS yang akan diadakan pada 15 Mei ini di Turkestan, Encik Omuraliev berkata perhimpunan itu menjadi platform penting bagi pemimpin negara-negara Turkic.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.