Perang Amerika, Israel dan Iran: KLM terus gantung penerbangan ke Dubai, Riyadh & Dammam hingga 17 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Piroschka van de Wouw)
- KLM Royal Dutch Airlines melanjutkan penangguhan penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam sehingga 17 Mei kerana faktor keselamatan.
- Keputusan ini dibuat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran dan ketegangan serantau yang berterusan.
- KLM serta syarikat penerbangan lain seperti British Airways, Cathay Pacific, Aegean Airlines dan Eurowings turut mengambil langkah serupa ke beberapa destinasi di Timur Tengah.
- KLM menegaskan keselamatan penumpang dan anak kapal sebagai keutamaan, sambil terus memantau situasi dan berhubung dengan pihak berkuasa.
ISTANBUL: KLM Royal Dutch Airlines pada Khamis (19 Mac) menyatakan syarikat itu tidak akan menyambung semula penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam sehingga 17 Mei, atas alasan pertimbangan keselamatan menyusuli perang Amerika Syarikat-Israel di Iran yang masih berterusan.
Menurut Anadolu Ajansi, syarikat penerbangan Belanda itu menukil keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan.
Pihaknya juga terus memantau rapat situasi berkenaan sambil berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan.
Sebelum ini, syarikat itu mengumumkan penggantungan penerbangan ke Dammam, Riyadh dan Dubai sehingga 28 Mac, serta ke Tel Aviv sehingga 11 April.
Langkah itu dibuat ketika beberapa syarikat penerbangan antarabangsa utama turut melanjutkan penggantungan penerbangan ke destinasi utama di Timur Tengah menyusuli ketegangan keselamatan serantau yang berterusan.
British Airways, Cathay Pacific dan Aegean Airlines antara syarikat penerbangan yang melanjutkan penggantungan ke beberapa hab di Timur Tengah sehingga sekurang-kurangnya April atau Mei, manakala Eurowings melanjutkan beberapa pembatalan sehingga hujung Jun.
KLM enggan mendedahkan jumlah penerbangan atau penumpang yang terjejas akibat penggantungan yang dilanjutkan itu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.