Perang Amerika, Israel dan Iran: Kemudahan tenaga Saudi, saluran paip Timur-Barat pulih selepas diserang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
ISTANBUL: Kemudahan tenaga Arab Saudi, termasuk saluran paip Timur-Barat yang terjejas akibat serangan baru-baru ini pulih dan kapasiti operasi kembali seperti biasa, lapor Anadolu Ajansi yang menukil Kementerian Tenaga Arab Saudi pada Ahad (12 April).
Kementerian itu memaklumkan bahawa pengumuman dibuat menyusuli kenyataan pada Khamis mengenai kesan serangan terhadap prasarana tenaga Arab Saudi, termasuk kehilangan kapasiti saluran paip Timur-Barat kira-kira 700,000 tong sehari, pengurangan pengeluaran di medan Manifa, serta kesan terhadap pengeluaran di medan Khurais sebanyak kira-kira 300,000 tong sehari.
Berhubung medan Khurais, kementerian itu menyatakan usaha untuk memulihkan sepenuhnya kapasiti pengeluaran masih diteruskan dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja kerja berkenaan selesai.
Arab Saudi sebelum ini memaklumkan bahawa operasi di beberapa kemudahan tenaga di negara itu dihentikan menyusuli gelombang serangan baru-baru ini.
Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, mengorbankan lebih 3,000 orang termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran kemudian membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat, serta menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika dan Iran yang dimudah cara Pakistan.
Kedua-dua pihak juga mengadakan rundingan di Islamabad pada Sabtu (11 Apr) bagi menamatkan perang, namun tiada persetujuan segera dicapai.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.