Perang Amerika, Israel dan Iran: Kelantan pertimbang kakitangan awam WFH
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BAHRU: Kerajaan Negeri Kelantan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi penjawat awam negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan WFH itu bergantung kepada situasi semasa, selain ia memberi kesan secara langsung kepada penjawat awam di negeri berkenaan.
"WFH ini sudah tidak asing lagi di negara kita memandangkan kita sudah praktikkan sebelum ini ketika penularan wabak COVID-19.
"Jika situasi contohnya berkait dengan harga diesel tidak turun, mungkin ia akan dipertimbangkan. Baru-baru ini saya dimaklumkan satu perjalanan ke Gua Musang mencecah kos RM500 (S$160), jika situasi ini berterusan ia akan membebankan kita," katanya pada Selasa (21 Apr).
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata sekiranya WFH dilaksanakan di negeri itu, ia akan dilakukan berperingkat atau penggiliran bekerja.
"Bangunan kerajaan tidak boleh kosong. Mungkin sebahagian sahaja yang WFH, kalau ada 20 jabatan, mungkin 10 jabatan sahaja yang akan berkait dengan pelaksanaan (dasar) ini," katanya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.