Perang Amerika, Israel dan Iran: Kedutaan Amerika di Riyadh diserang 2 dron, cetus kebakaran
Pihak berkuasa Arab Saudi melaporkan berlaku “kebakaran terhad” di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Riyadh selepas premis itu dipercayai diserang dua dron.
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melaporkan berlaku “kebakaran terhad” di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Riyadh selepas premis itu dipercayai diserang dua dron.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata berdasarkan anggaran awal, serangan melibatkan dua dron itu menyebabkan kebakaran kecil serta kerosakan material ringan pada bangunan berkenaan.
“Kedutaan Amerika Syarikat di Riyadh telah menjadi sasaran serangan dua dron menurut anggaran awal, mengakibatkan kebakaran terhad dan kerosakan material kecil pada bangunan tersebut,” katanya.
Insiden tersebut sebelum ini dilaporkan Reuters sebagai satu letupan yang mencetuskan kebakaran di kompleks Kedutaan Amerika Syarikat di Riyadh.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan kakitangan kedutaan berkenaan.
Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang dan butiran sebenar serangan tersebut.
Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kedutaan berkenaan dilaporkan terkawal.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.