Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Kebakaran, letupan di atas kapal kendalian Korea Selatan di Selat Hormuz

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Kebakaran, letupan di atas kapal kendalian Korea Selatan di Selat Hormuz

Kapal di Selamat Hormuz berdekatan Bandar Abbas, Iran, 4 Mei 2026. (Gambar fail: West Asia News Agency via Reuters/ISNA/Amirhosein Khorgooi)

Diterbitkan : 05 May 2026 05:58AM Dikemas Kini : 05 May 2026 05:59AM
SEOUL: Berlaku kebakaran dan letupan di atas sebuah kapal yang dikendalikan oleh syarikat perkapalan Korea Selatan di Selat Hormuz pada Isnin (4 Mei), menurut Kementerian Luar Korea Selatan di Seoul.

Pemerintah sedang meneliti maklumat risikan mengenai kapal tersebut, HMM Namu, yang mungkin diserang, lapor agensi berita Yonhap yang memetik pegawai pemerintah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran, yang menurut HMM, tercetus di dalam bilik enjin kapal kargo berdaftar Panama itu.

Seramai 24 anak kapal, termasuk enam warga Korea Selatan, berada di atas kapal tersebut, menurut syarikat itu kepada Reuters.

Tentera Amerika Syarikat berkata dua kapal pemusnah Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat memasuki Teluk Hormuz untuk memecahkan sekatan Iran dan dua kapal perdagangan Amerika Syarikat melalui Selat Hormuz, selepas Iran menyatakan ia menghalang kapal perang Amerika Syarikat daripada memasuki teluk tersebut.

"Pemerintah kami akan berkomunikasi secara rapat dengan negara-negara berkaitan mengenai perkara ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan kapal dan anak kapal kami di Selat Hormuz," menurut Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Seoul menyatakan bahawa 26 buah kapal berdaftar Korea Selatan terkandas di sana.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita