Perang Amerika, Israel dan Iran: Kapal tangki minyak Korea Selatan lalui Laut Merah buat kali pertama sejak Selat Hormuz ditutup
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar dipetik pada 28 Mac 2021, menunjukkan kapal-kapal berdekatan Terusan Suez. (Gambar: AFP/Ahmed Hasan)
SEOUL: Sebuah kapal tangki minyak Korea Selatan melalui Laut Merah buat kali pertama sejak penutupan Selat Hormuz.
Perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Lautan Korea Selatan pada Jumaat (17 Apr).
Korea Selatan, yang sangat bergantung kepada import, mengambil langkah untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan tenaga. Ini selepas serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada hujung Februari yang menyebabkan Tehran menutup laluan ke selat tersebut, yang kini berada dikepung oleh Amerika Syarikat.
Seoul mencari sumber minyak baharu dan menyatakan pada bulan ini bahawa ia akan menghantar lima kapal berdaftar Korea Selatan ke pelabuhan Yanbu di Laut Merah, Arab Saudi, sebagai laluan alternatif.
Kementerian itu turut mengumumkan pada Jumaat (17 Apr) tentang "kes pertama minyak mentah dibawa masuk ke dalam negara melalui Laut Merah sebagai jalan lencong sejak Selat Hormuz dikepung".
Presiden Lee Jae Myung menyifatkan perkara ini sebagai "pencapaian berharga hasil kerjasama pelbagai kementerian relevan sebagai sebuah pasukan".
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudah bekerja keras siang dan malam walaupun dalam keadaan sukar, terutamanya para kelasi," kata beliau melalui catatan di laman X.
Kang Hoon-sik, Ketua Turus Presiden, berkata pada Rabu bahawa Korea Selatan berjaya mendapatkan bekalan lebih 270 juta tong minyak mentah melalui laluan yang tidak terjejas oleh krisis Selat Hormuz sehingga akhir tahun ini.
Jumlah itu bersamaan dengan keperluan minyak Korea Selatan untuk lebih tiga bulan berdasarkan angka tahun lalu, kata Encik Kang.
Pegawai tersebut baru-baru ini pulang daripada lawatan ke Kazakhstan, Oman, Arab Saudi, dan Qatar dalam usaha untuk mendapatkan sumber bahan api alternatif.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.