Perang Amerika, Israel dan Iran: Kapal Korea Selatan rosak akibat kebakaran di Selat Hormuz diperiksa di pelabuhan Dubai
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal HMM Namu. (Gambar fail: REUTERS)
DUBAI/ISTANBUL: Sebuah kapal Korea Selatan yang rosak akibat kebakaran di Selat Hormuz baru-baru ini tiba di sebuah pelabuhan di Dubai pada Jumaat (8 Mei) waktu tempatan bagi menjalani siasatan, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Yonhap.
HMM Namu, kapal kargo berdaftar Panama yang dikendalikan syarikat perkapalan Korea Selatan, HMM Co. ditunda dari perairan berhampiran Umm Al Quwain di Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tiba di Pelabuhan Dubai pada pukul 12.20 tengah malam, empat hari selepas letupan dan kebakaran berlaku di atas kapal ketika ia terkandas di selat tersebut, menurut pegawai HMM dan sumber tempatan.
Pasukan pemerintah Korea Selatan dihantar untuk menyiasat punca letupan menyusuli dakwaan bercanggah sama ada kejadian itu berpunca daripada serangan Iran atau kerosakan dalaman.
Pemerintah Korea Selatan mengambil pendirian berhati-hati, manakala tiada bukti ditemui setakat ini yang menunjukkan kejadian itu berpunca daripada serangan tentera.
Letupan berlaku pada Isnin, hari sama Amerika Syarikat melancarkan “Project Freedom” bagi membantu kapal-kapal yang terkandas melalui selat berkenaan ketika perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran masih berterusan.
Anak kapal berjaya memadamkan kebakaran kira-kira empat jam selepas ia tercetus.
Kapal itu membawa 24 anak kapal, termasuk enam warga Korea Selatan.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.