Perang Amerika, Israel dan Iran: Kapal Iran dirampas Amerika diserahkan kepada Pakistan untuk dihantar pulang
Sebuah kapal yang dipintas oleh Amerika Syarikat selepas cuba melanggar sekatan ke atas pelabuhan Iran telah diserahkan kepada Pakistan untuk penghantaran pulang ke Iran bersama kru kapal itu, menurut laporan media Amerika Syarikat pada Ahad, memetik Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), lapor Anadolu Ajansi.
Gambar oleh Tentera Laut Amerika menunjukkan Tentera Amerika melakukan rondaan di Laut Arab berhampiran Touska, sebuah kapal kargo berbendera Iran pada 20 April 2026. (Gambar: Markas Pusat Ehwal Awam Amerika melalui AFP)
“Hari ini, pasukan Amerika Syarikat telah menyelesaikan pemindahan 22 kru kapal M/V Touska ke Pakistan untuk penghantaran pulang,” kata jurucakap CENTCOM Kapten Tim Hawkins seperti dipetik penyiar ABC News.
Encik Hawkins menambah enam lagi penumpang dipindahkan ke sebuah negara serantau untuk penghantaran pulang minggu lepas.
Media negara Iran melaporkan enam individu itu merupakan ahli keluarga kepada sebahagian kru kapal berkenaan.
CENTCOM tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan pengesahan. pihak berkuasa Pakistan dan Iran juga belum mengesahkan laporan itu.
Pasukan tentera laut Amerika merampas kapal Touska pada 19 April lalu di Teluk Oman selepas ia dilaporkan enggan mematuhi arahan sekatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.