Perang Amerika, Israel dan Iran: Jordan, Hamas kecam pencerobohan Menteri Keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, bersama lebih 2,000 peneroka haram Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. (Gambar: Reuters)
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Duta Besar Fouad Majali, berkata tindakan itu mencabuli status quo bersejarah serta melanggar undang-undang antarabangsa yang terpakai di kawasan suci berkenaan.
Jordan turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya menghentikan pelanggaran berterusan terhadap tapak suci umat Islam dan Kristian di Baitulmakdis.
Sementara itu, Hamas menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan yang mengapi-apikan keadaan, sambil menegaskan ia tidak akan melemahkan semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan hak serta tanah air mereka.
Hamas turut menegaskan para anggotanya dan rakyat Palestin tidak akan berdiam diri terhadap sebarang percubaan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Menurut kumpulan itu, tindakan berkenaan hanya akan meningkatkan lagi penentangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Israel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.