Perang Amerika, Israel dan Iran: Israel sokong gencatan senjata sementara Amerika-Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Seekor burung gagak hinggap di atas bendera Israel berhampiran pantai sepi di Tel Aviv pada 7 April 2026. (Gambar: AFP/Ahmad Gharabli)
JERUSALEM: Israel menyatakan pada Rabu (8 April) ia sokong keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menggantung pengebomannya ke atas Iran, tetapi menegaskan gencatan senjata saat akhir itu tidak termasuk Lubnan.
Washington dan Tehran bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu pada Selasa, hampir sejam sebelum tarikh akhir Encik Trump untuk memusnahkan Iran dijadualkan tamat.
Tehran menyatakan ia akan menjamin laluan selamat untuk pelayaran kapal-kapal di Selat Hormuz selama dua minggu, dengan mengumumkan bahawa tempoh gencatan senjata itu akan digunakan untuk rundingan dengan Amerika Syarikat bagi menamatkan perang. Rundingan dijadualkan bermula pada Jumaat di Pakistan.
"Israel sokong keputusan Presiden Trump untuk menggantung serangan terhadap Iran selama dua minggu yang bergantung pada pembukaan segera selat itu oleh Iran dan dihentikan semua serangan ke atas Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara di rantau ini," kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.
Israel menambah bahawa ia "menyokong usaha Amerika Syarikat untuk memastikan Iran tidak lagi menimbulkan ancaman nuklear, peluru berpandu dan pengganasan".
Sungguhpun demikian, kenyataan itu menyatakan bahawa gencatan senjata itu "tidak termasuk Lubnan", yang bercanggah dengan pengumuman terdahulu oleh Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, yang bertindak sebagai orang tengah dalam konflik tersebut.
Encik Sharif berkata Amerika Syarikat dan sekutunya telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata "di semua tempat termasuk Lubnan", sekali gus membayangkan bahawa Israel bersetuju untuk menghentikan pencerobohannya ke atas negara itu.
Lubnan terlibat dalam perang itu selepas kumpulan Hezbollah yang disokong Iran melancarkan serangan roket ke atas Israel.
Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan di seluruh Lubnan yang telah mengorbankan lebih 1,500 orang, menurut pihak berkuasa.
Israel menggalakkan Encik Trump untuk menyertai perang terhadap Iran, musuh ketatnya, dan dalam serangan pertama pada bulan Februari telah membunuh pemimpin tertinggi yang telah lama berkhidmat, iaitu Ayatollah Ali Khamenei.

Sumber : AFP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.