Perang Amerika, Israel dan Iran: Israel, Lubnan setuju laksana gencatan senjata
Lubnan dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, menurut satu kenyataan bersama Amerika Syarikat yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Rabu (3 Jun) selepas rundingan di Washington.
Wakil Amerika Syarikat, Lubnan dan Israel menghadiri satu sesi pertemuan di Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington, DC, pada 2 Jun 2026. (Gambar: REUTERS/Elizabeth Frantz)
Menurut kenyataan tersebut, gencatan senjata itu tertakluk kepada penghentian sepenuhnya serangan oleh kumpulan bersenjata Hezbollah yang disokong Iran serta pengunduran semua anggotanya dari Sektor Litani Selatan. Kedua-dua pihak sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata pada bulan lalu, namun pertempuran tetap berterusan.
Israel menceroboh Lubnan pada Mac bagi memburu Hezbollah yang melancarkan serangan merentasi sempadan sebagai tanda sokongannya kepada Tehran.
Iran menyatakan bahawa ia tidak akan bersetuju dengan sebarang perjanjian untuk menamatkan konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel yang tercetus pada akhir Februari melainkan gencatan senjata itu turut meliputi Lubnan.
Lubnan dan Israel juga bersetuju untuk meneruskan rundingan langsung bagi membina keyakinan serta menyelesaikan isu-isu tertunggak yang lain, menurut kenyataan pada Rabu itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.