Perang Amerika, Israel dan Iran: Israel dakwa panglima tentera laut Iran maut dalam serangannya
Satu serangan udara Israel telah meragut nyawa Alireza Tangsiri, panglima tentera laut Pasukan Pengawal Revolusi Iran. (Gambar fail: Reuters)
This audio is generated by an AI tool.
"Malam tadi, dalam operasi tepat dan berbahaya, IDF membunuh panglima tentera laut Pengawal Revolusi, Tangsiri, serta para pegawai kanan markas tentera laut," kata Encik Katz dalam satu kenyataan video.
"Orang yang bertanggungjawab secara langsung bagi operasi pengganas memasang periuk api dan menyekat Selat Hormuz telah dibunuh."
Sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran pada 28 Feb, Israel telah mengumumkan pembunuhan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk pemimpin tertinggi Ali Khamenei dan ketua keselamatan berpengaruh republik Islam itu, Ali Larijani.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tentera Israel melancarkan beberapa serangan menyasarkan aset tentera Iran.
Minggu lalu, serangan udara Israel melanda beberapa kapal tentera Iran di Laut Kaspia, termasuk kapal-kapal yang dilengkapi sistem peluru berpandu, kapal-kapal sokongan dan kapal peronda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.