Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran nafi serang Oman, anggap negara Teluk itu 'sahabat'

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran nafi serang Oman, anggap negara Teluk itu 'sahabat'
Imej satelit ini yang diambil oleh 2026 Planet Labs PBC pada 1 Mac 2026 menunjukkan kepulan asap dari Pangkalan Tentera Laut Konarak di selatan Iran di sepanjang Teluk Oman. (Gambar: 2026 Planet Labs PBC / AFP)
Diterbitkan : 04 Mar 2026 12:22PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 12:26PM
ISTANBUL: Iran pada Selasa (3 Mac) menafikan laporan yang ia melancarkan serangan ketenteraan ke atas Oman, sambil menyifatkan negara Teluk itu sebagai “sahabat dan jiran.”

Anadolu Ajansı melaporkan, Pegawai Turus Angkatan Bersenjata Iran menyatakan tiada serangan ketenteraan berlaku di wilayah Oman, menolak sebarang laporan yang mencadangkan sebaliknya, menurut stesen media kerajaan, Press TV.

Penafian itu susulan laporan Agensi Berita Oman pada Selasa bahawa dua dron berjaya dipintas di Wilayah Pentadbiran Dhofar di selatan Oman, manakala sebuah lagi terhempas berhampiran Pelabuhan Salalah.

Menurut sumber keselamatan, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam insiden itu.

Ketegangan meningkat di seluruh rantau apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar terhadap Iran pada Sabtu (28 Feb), yang dilaporkan mengorbankan hampir 800 orang termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset Amerika Syarikat.
Sumber : Bernama/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita