Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah Diego Garcia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: REUTERS)
ISTANBUL: Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Al Jazeera pada Ahad (22 Mac) bahawa Iran tidak bertanggungjawab dan bukan dalang di sebalik serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Diego Garcia di Lautan Hindi, lapor Agensi Anadolu.
Penafian itu dibuat selepas Wall Street Journal melaporkan pada Jumaat (20 Mac) bahawa dua peluru berpandu balistik jarak sederhana dilancarkan ke arah pangkalan berkenaan, namun kedua-duanya tidak terkena sasaran.
Pentagon belum segera menjawab permintaan Anadolu untuk mendapatkan ulasan.
Diego Garcia merupakan satu daripada dua pangkalan yang dibenarkan oleh Britain untuk digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen menentang Iran.
Insiden itu menarik perhatian kerana jarak Diego Garcia kira-kira 4,000 kilometer dari Iran, iaitu dua kali ganda had 2,000 kilometer yang sebelum ini dinyatakan oleh Menteri Luar Abbas Araghchi sebagai had keupayaan peluru berpandu Iran.
Pulau berkenaan yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Chagos di tengah Lautan Hindi, menempatkan kehadiran tentera bersama Amerika-UK sejak 1970-an dan berfungsi sebagai pangkalan tentera bagi pesawat pengebom jarak jauh serta aset strategik lain.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.