Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran dakwa belum guna sebahagian besar keupayaan peluru berpandunya

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran dakwa belum guna sebahagian besar keupayaan peluru berpandunya

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 25 Apr 2026 02:36PM Dikemas Kini : 25 Apr 2026 02:38PM
TEHRAN: Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iran berkata sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran “belum digunakan” dalam perang dengan Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang menukil Tasnim News pada Sabtu (25 Apr).

Jeneral Reza Talaei-Nik berkata “sebahagian besar keupayaan peluru berpandu” Iran masih belum digunakan, menurut laporan agensi berita separa rasmi itu.

“Pasukan kami mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki entiti Israel, dan sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,” kata beliau sambil mendakwa tentera Iran mengekalkan kelebihan sepanjang konflik tersebut.

Mengenai konfrontasi di laut, beliau mendakwa kapal perang musuh beberapa kali berundur ratusan kilometer dari Laut Oman sebagai tindak balas terhadap tindakan tegas pasukan Iran.

Perkapalan melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran bermula 28 Februari, sekali gus menjejas teruk pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhadap krisis ekonomi yang berpanjangan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita