Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran beri amaran pegawai Amerika, Israel tidak lagi selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran beri amaran pegawai Amerika, Israel tidak lagi selamat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Mar 2026 08:31AM Dikemas Kini : 21 Mar 2026 08:33AM
TEHRAN: Jurucakap angkatan tentera Iran memberi amaran kepada pegawai serta komander Amerika Syarikat dan Israel bahawa mereka tidak lagi selamat, termasuk di lokasi pelancongan dan kawasan rekreasi di seluruh dunia.

Menurut kenyataan yang dibacakan di televisyen negara, jurucakap tersebut mendakwa pegawai dan pihak berkuasa Amerika Syarikat serta Israel kini berlindung di bunker dan tempat perlindungan, selain menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Amaran itu dikeluarkan sedang konflik antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel memasuki minggu ketiga tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, Selat Hormuz yang merupakan laluan bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas asli cecair dunia masih ditutup sebahagian besarnya sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan harga tenaga global serta tekanan inflasi.

Konflik berterusan itu turut memberi kesan ekonomi kepada sekutu Amerika Syarikat, yang dilaporkan tidak dirujuk sebelum serangan udara dilancarkan ke atas Iran.

Sejak kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga berdepan kritikan keras daripada sekutu berhubung pendekatan agresif terhadap Iran, termasuk ancaman berterusan yang meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita