Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran bakal sertai bank pembangunan BRICS
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang wanita memegang bendera Iran di sebatang jalan di Tehran, Iran, pada 30 Jun 2026. (Gambar fail: West Asia News Agency via REUTERS)
- Iran, melalui Gabenor Bank Pusat Abdolnaser Hemmati, mengumumkan akan menyertai Bank Pembangunan Baharu (NDB) yang diasaskan oleh negara BRICS.
- Langkah ini diambil ketika Iran masih dikenakan sekatan antarabangsa dan ingin mencari alternatif kepada sistem kewangan berasaskan dolar Amerika.
- Iran telah menyertai BRICS pada 2024 dan kini berusaha menjadi anggota serta pemegang saham NDB, walaupun NDB belum mengesahkan keanggotaan Iran.
- Negara anggota BRICS, termasuk Iran, berusaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan menggalakkan perdagangan menggunakan mata wang sendiri.
DUBAI: Iran akan menyertai Bank Pembangunan Baharu (NDB), pemiutang pembangunan yang ditubuhkan kumpulan negara BRICS, tidak lama lagi, menurut Gabenor Bank Pusat Iran Abdolnaser Hemmati.
Beliau berkata demikian dalam laporan media pemerintah yang diterbitkan pada Rabu (12 Ogos), menjelang mesyuarat kewangan BRICS di India.
Iran masih dikenakan sekatan meluas oleh Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa serta belum mencapai persetujuan damai bagi menamatkan ketegangan dengan Amerika dan Israel.
Keadaan itu memberi Tehran dorongan tambahan untuk mencari saluran kewangan alternatif di luar sistem berasaskan dolar Amerika.
Namun, bahagian komunikasi korporat NDB memberitahu Reuters bahawa ia tidak dapat mengesahkan maklumat mengenai keanggotaan Iran.
Iran menyertai BRICS pada 2024 ketika kumpulan itu diperluas dalam usaha memperdalam hubungan ekonomi antara negara-negara ekonomi sedang pesat membangun.
Sejak itu, Tehran menyatakan hasrat untuk menjadi anggota dan pemegang saham NDB.
Bank tersebut ditubuhkan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan pada 2015 bagi membiayai projek prasarana dan pembangunan mampan.
Keanggotaannya kemudian diperluas untuk merangkumi Amiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan beberapa ekonomi sedang pesat membangun lain.
"Hasil paling penting daripada kerjasama antara negara-negara anggota BRICS adalah penubuhan Bank Pembangunan Baharu dan negara kami akan menjadi anggota bank ini tidak lama lagi," kata Encik Abdolnaser Hemmati, menurut media pemerintah.
Encik Abdolnaser Hemmati menghadiri mesyuarat pertama menteri kewangan dan gabenor bank pusat BRICS yang dihoskan India, yang memegang jawatan pengerusi bergilir BRICS tahun ini.
KURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA DOLAR AMERIKA
Negara-negara anggota BRICS berusaha mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika dengan menggalakkan perdagangan dan urus niaga kewangan menggunakan mata wang negara masing-masing.
Encik Abdolnaser Hemmati berkata Iran percaya negara-negara BRICS boleh menjalankan perdagangan menggunakan mata wang masing-masing.
Tehran juga sedang berusaha menjalin kerjasama kewangan dua hala dan tiga hala dengan anggota BRICS lain.
Menurut NDB, keanggotaan bank itu terbuka kepada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk negara peminjam dan bukan peminjam.
Uzbekistan menjadi anggota ke-10 NDB pada 5 Jun lalu.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.