Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran akan guna segala keupayaan untuk pertahan kedaulatannya

Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan negaranya akan teguh mempertahankan diri terhadap penceroboh dengan segala kekuatan yang ada, sambil menekankan bahawa Iran diserang ketika rundingan sedang berlangsung, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran akan guna segala keupayaan untuk pertahan kedaulatannya

Presiden Iran Masoud Pezeshkian. (Gambar fail: REUTERS/Laman Web Presiden Iran/WANA/Handout)

Diterbitkan : 04 Apr 2026 08:05AM
TEHRAN: Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan negaranya akan teguh mempertahankan diri terhadap penceroboh dengan segala kekuatan yang ada, sambil menekankan bahawa Iran diserang ketika rundingan sedang berlangsung, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Encik Pezeshkian berkata demikian dalam satu perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev pada lewat Khamis (2 Apr), selain memberi taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu.

Ini termasuk serangan ke atas sekolah, hospital dan infrastruktur industri yang penting.

Encik Pezeshkian menegaskan bahawa negaranya akan menggunakan segala keupayaan untuk mempertahankan diri dengan tegas daripada pihak penceroboh.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat dan pemerintah Azerbaijan atas simpati yang diberikan kepada pemerintah dan rakyat Iran.

Sementara itu, Encik Aliyev menarik perhatian mengenai kesan negatif peperangan terhadap kestabilan dan keselamatan rantau berkenaan sambil berharap agar keamanan dan kestabilan dapat dipulihkan secepat mungkin.

Kedua-dua presiden itu turut bertukar pandangan mengenai usaha memajukan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
Sumber : Bernama/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita