Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Internet di Iran terganggu lebih 500 jam, menurut NetBlocks

Internet di Iran hampir terputus sepenuhnya selama lebih 500 jam atau 22 hari, menurut perkhidmatan pemantauan internet antarabangsa NetBlocks pada Ahad (22 Mac), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Internet di Iran terganggu lebih 500 jam, menurut NetBlocks

Papan iklan dengan gambar bendera Iran, di sebuah bangunan di Tehran, Iran pada 24 Januari 2026. (Gambar fail: REUTERS/Majid Asgaripour/West Asia News Agency)

Diterbitkan : 22 Mar 2026 08:14PM
  • Iran mengalami gangguan internet hampir sepenuhnya selama lebih 500 jam sejak 28 Februari, menurut NetBlocks.
  • Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menyatakan sekatan internet dilakukan atas sebab keselamatan kerana negara berdepan serangan.
  • NetBlocks melaporkan sekatan ini telah berlanjutan sehingga minggu keempat, menyebabkan Iran terasing daripada dunia.
  • Laporan dari Sputnik/RIA Novosti mengesahkan tindakan rejim Iran untuk melindungi rakyat melalui sekatan sambungan internet.
Dijana oleh AI
MOSKO: Internet di Iran hampir terputus sepenuhnya selama lebih 500 jam atau 22 hari, menurut perkhidmatan pemantauan internet antarabangsa NetBlocks pada Ahad (22 Mac), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sambungan internet di Iran hampir lumpuh sepenuhnya sejak 28 Februari lalu.

Pada 15 Mac, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata internet di Iran dihadkan atas sebab keselamatan memandangkan negara itu sedang berdepan serangan dan perlu melindungi rakyatnya.

“Selepas 528 jam, Iran kini memasuki hari ke-23 terasing daripada dunia ketika sekatan internet yang dikenakan rejim itu berterusan memasuki minggu keempat,” menurut NetBlocks dalam satu kenyataan di platform X.

Perkhidmatan itu menambah bahawa gangguan internet di Iran kini berlanjutan memasuki minggu keempat.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita