Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Indonesia mampu harung kejutan harga minyak Timur Tengah hingga hujung 2026

Indonesia mampu bertahan daripada impak ekonomi akibat lonjakan harga minyak yang didorong oleh perang di Timur Tengah sehingga 10 bulan tanpa perlu memotong subsidi bahan api, kata Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto pada Isnin (14 Apr), lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Indonesia mampu harung kejutan harga minyak Timur Tengah hingga hujung 2026

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto. (Gambar fail: REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana)

Diterbitkan : 14 Apr 2026 09:37AM
  • Pemerintah Indonesia, diketuai Menteri Airlangga Hartarto, menyatakan subsidi bahan api akan diteruskan sehingga akhir 2026 walaupun harga minyak meningkat.
  • Kenaikan harga minyak dunia berlaku selepas serangan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat dan Israel, yang mengganggu laluan di Selat Hormuz.
  • Subsidi diberikan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal inflasi dan melindungi kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah.
  • Indonesia kini sedang meneroka sumber minyak alternatif kerana 20 hingga 25 peratus minyak diimport dari Timur Tengah.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Indonesia mampu bertahan daripada impak ekonomi akibat lonjakan harga minyak yang didorong oleh perang di Timur Tengah sehingga 10 bulan tanpa perlu memotong subsidi bahan api, kata Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto pada Isnin (14 Apr), lapor Xinhua.

Encik Airlangga memaklumkan media asing, di Jakarta, subsidi bagi diesel dan bahan api lain akan diteruskan sehingga akhir tahun 2026, memandangkan pemerintah mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kos berkenaan.

Harga minyak mentah dunia meningkat melebihi US$100 (S$126.27) setong sejak serangan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari lalu, yang secara berkesan mengganggu laluan di Selat Hormuz.

Sebagai negara pengimport bersih minyak, Indonesia memberikan subsidi besar kepada bahan api domestik bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal inflasi serta melindungi kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah daripada ketidaktentuan harga minyak global.

Belanjawan 2026 sebelum ini mengandaikan harga minyak global pada US$70 (S$89.08) setong, dengan setiap kenaikan US$1 (S$1.27) akan menambah kira-kira 6.8 bilion rupiah Indonesia (kira-kira S$643,935.60) kepada perbelanjaan negara.

Menurut menteri itu lagi, Indonesia mengimport kira-kira 20 hingga 25 peratus minyaknya dari Timur Tengah, namun kini sedang meneroka sumber alternatif lain.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita