Perang Amerika, Israel dan Iran: Indonesia lanjutkan WFH selama 2 bulan
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto berkata pemerintah terus memantau perkembangan di Timur Tengah dengan teliti. (Gambar: BERNAMA)
This audio is generated by an AI tool.
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto berkata pemerintah terus memantau perkembangan di wilayah itu dengan teliti dan masih belum mengumumkan tarikh tepat untuk melaksanakan pelanjutan berkenaan.
Di bawah dasar itu, kakitangan awam bekerja dari rumah pada Jumaat, manakala kerja di pejabat diteruskan dari Isnin hingga Khamis.
Syarikat swasta dan perusahaan milik pemerintah dibenarkan melaksanakan satu hari WFH setiap minggu.
Pemerintah memaklumkan aturan itu tidak akan menjejas gaji pekerja, faedah atau kelayakan cuti tahunan.
Pengecualian dikenakan ke atas sektor yang memerlukan pengoperasian di tapak, termasuk penjagaan kesihatan, tenaga, prasarana, perkhidmatan awam, peruncitan, pengilangan dan pelancongan.
Menurut pemerintah, dasar tersebut boleh dilanjutkan bergantung pada perkembangan global.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.