Perang Amerika, Israel dan Iran: Indonesia, Jepun sedia bertindak sebagai perantara
Indonesia dan Jepun menyatakan kesediaan untuk bertindak sebagai perantara bagi membantu meredakan ketegangan ekoran perang di Timur Tengah.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata dalam perbincangannya bersama Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi pada Selasa (31 Mac), kedua-dua pemimpin bersetuju menggalakkan semua pihak melaksanakan langkah mengurangkan ketegangan serta menyatakan kesediaan untuk memudah cara usaha ke arah keamanan.
Presiden Prabowo, yang berada di Jepun bagi lawatan rasmi sejak Ahad (29 Mac) berkata lawatan itu berlangsung ketika dunia berdepan cabaran yang semakin meningkat, ketidaktentuan dan juga bahaya.
“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan semua pihak melaksanakan usaha pengurangan ketegangan, dan kami bersedia untuk bertindak sebagai perantara jika diperlukan serta memudah cara usaha ke arah keamanan,” katanya pada sidang media bersama Encik Takaichi di Tokyo pada Selasa.
Encik Prabowo turut mengundang Encik Takaichi untuk melawat Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.