Perang Amerika, Israel dan Iran: Harga sewa hotel UAE jatuh merudum
Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan hotel lima bintang di Dubai. (Gambar: Reuters)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
ISTANBUL: Harga di kebanyakan hotel bertaraf empat bintang di Dubai dan Abu Dhabi, Amiriaah Arab Bersatu (UAE), jatuh sehingga 75 peratus pada April kepada sekitar AS$50 (S$63.73) hingga AS$60 (S$76.48) satu malam, manakala hotel lima bintang turun lebih 66 peratus kepada AS$100 (S$127.46) hingga AS$150 (S$191.20) susulan peningkatan ketegangan di rantau itu, menurut laporan RIA Novosti.
Agensi itu menganalisis tawaran hotel untuk dua penginap setakat awal April.
Hotel lima bintang di Abu Dhabi pula menurunkan harga kira-kira separuh hingga dua pertiga, dengan harga itu berkuat kuasa sepanjang April.
Di Dubai, situasinya sama dengan hotel empat bintang menawarkan bilik pada purata (S$63.73) hingga AS$60 (S$76.48) termasuk Stella Di Mare, Time Oak dan Hyatt Place.
Suhu siang di UAE pada April berada dalam lingkungan 25 hingga 30 darjah Celsius.
Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel mula melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran termasuk Tehran, dengan laporan kerosakan dan korban awam. Iran kemudian membalas dengan melancarkan serangan ke atas wilayah Israel serta sasaran tentera Amerika di rantau Timur Tengah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.