Perang Amerika, Israel dan Iran: Harga minyak mentah Amerika lonjak lebih AS$10 setong
Anggaran Waktu Membaca:
Alat penimbang tekanan dekat loji minyak Almetyevsk di Rupublik Tatarstan di Rusia pada 14 Julai 2025. (Gambar: REUTERS)
HOUSTON: Harga niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat melonjak lebih AS$10 (S$13) pada Jumaat (6 Mac), namun kekal di bawah harga Brent ketika pembeli mula mencari bekalan alternatif berikutan penutupan Selat Hormuz akibat perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut kenaikan harga minyak Amerika Syarikat mengatasi kontrak Brent.
"Syarikat penapis minyak dan firma perdagangan kini mencari bekalan alternatif, dan Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar," kata Giovanni Staunovo, penganalisis dari UBS. Beliau menjelaskan bahawa harga meningkat bagi mengelakkan simpanan minyak di Amerika Syarikat menyusut terlalu cepat akibat eksport yang terlalu tinggi.
Janiv Shah, naib presiden analisis minyak di Rystad Energy, menyatakan beberapa faktor penggerak kenaikan ini termasuklah permintaan kukuh dari penapis minyak di kawasan Teluk Amerika Syarikat.
Minyak mentah mencatatkan kenaikan mingguan terkuat sejak zaman pandemik COVID-19 pada tahun 2020, memandangkan konflik di Timur Tengah menghentikan sepenuhnya eksport tenaga melalui Selat Hormuz yang sangat penting.
ADAKAH HARGA MINYAK AKAN MELEPASI AS$100 SETONG?
Menteri Tenaga Qatar memberitahu Financial Times bahawa beliau menjangkakan semua pengeluar tenaga di Teluk akan menghentikan eksport dalam masa beberapa minggu. Langkah ini boleh menyebabkan harga minyak melonjak sehingga AS$150 setong (S$192 setaong).
"Senario terburuk sedang berlaku di depan mata kita," kata John Kilduff dari Again Capital. "Saya rasa ramalan harga minyak mencecah AS$100 setong (S$128 setong) akan menjadi kenyataan."
Harga minyak mula melonjak selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran Sabtu lalu, yang menyebabkan Tehran menghentikan pergerakan kapal tangki melalui Selat Hormuz.
Kira-kira 20 peratus permintaan minyak dunia melalui laluan air ini setiap hari. Dengan penutupan Selat selama tujuh hari, ini bermakna sekitar 140 juta tong minyak gagal sampai ke pasaran dunia.
"Setiap hari Selat itu ditutup, harga akan semakin tinggi," tambah Encik Staunovo. Walaupun pasaran sebelum ini menyangka Encik Trump akan berundur bagi mengelakkan harga minyak tinggi, namun semakin lama konflik berlarutan, semakin jelas risiko yang dihadapi.
Presiden Donald Trump memberitahu Reuters pada Khamis bahawa beliau tidak bimbang dengan kenaikan harga petrol di Amerika Syarikat, dengan menyatakan, "jika ia naik, biarlah ia naik."
Dalam perkembangan lain, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat pada Khamis memberikan pengecualian kepada syarikat untuk membeli minyak Rusia yang disekat. Pengecualian pertama diberikan kepada syarikat penapis India yang sudah membeli berjuta-juta tong minyak mentah Rusia.

Sumber : Reuters/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.