Perang Amerika, Israel dan Iran: Harga minyak, gas global melonjak setelah krisis Iran hambat perkapalan, pengeluaran
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Harga minyak dan gas melonjak pada Selasa (3 Mac) setelah perang Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran menghambat eksport tenaga dari Timur Tengah, dengan Tehran menyerang kapal-kapal dan kemudahan tenaga, menutup navigasi di wilayah Teluk dan memaksa hasil pengeluaran dihentikan dari Qatar ke Iraq.
Penanda aras harga minyak mentah Brent cecah AS$3.66 (S$4.68) atau naik 4.7 peratus pada AS$81.40 (S$104) setong, iaitu paras tertinggi sejak Januari 2025.
Harga gas Eropah melonjak setinggi 40 peratus sebelum keuntungannya berkurangan, sambil menokok lonjakan 40 peratus pada Isnin.
Harga gula, baja dan soya turut meningkat.
Konflik itu berisiko mencetuskan lonjakan inflasi yang boleh menjejas pemulihan ekonomi di Eropah dan Asia jika perang itu berlarutan di rantau yang merangkumi kurang sepertiga daripada pengeluaran minyak global dan hampir seperlima gas asli.
Kenaikan harga juga boleh menimbulkan ancaman politik kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan anggota parti Republican dalam pilihan raya pertengahan penggal pada November ini.
Encik Trump berkata tentera laut Amerika boleh mula mengiringi kapal-kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, iaitu sebuah laluan perkapalan minyak yang penting, jika perlu, sambil menambah beliau sudah pun mengarahkan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat supaya menyediakan insurans risiko politik dan jaminan kewangan bagi perdagangan maritim di wilayah Teluk itu.
Ia merupakan salah satu langkah paling agresif oleh pentadbiran Trump untuk cuba mengawal harga tenaga yang melonjak sedang konflik memuncak di Timur Tengah.

Sumber : Reuters/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.