Perang Amerika, Israel dan Iran: Harga bahan api jet ambil masa berbulan untuk pulih meski Selat Hormuz dibuka semula
Harga dan bekalan bahan api pesawat akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali normal walaupun Selat Hormuz dibuka dan kekal dibuka, menurut Ketua Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh pada Rabu (8 Apr), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Encik Walsh berkata meskipun harga minyak mentah mencatatkan penurunan sekitar 15 peratus susulan pengumuman baru-baru ini, usaha memulihkan bekalan global bagi bahan api pesawat dan produk bertapis lain memerlukan tempoh yang lebih lama.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Data Dunia IATA di Singapura.
Tegas beliau, rantau Timur Tengah merupakan bahagian kritikal dalam rantaian bekalan global, justeru proses pemulihan tidak akan berlaku dalam masa beberapa minggu sahaja walaupun terdapat kesan positif awal terhadap harga.
Beliau turut menarik perhatian bahawa wujud korelasi hampir langsung antara harga minyak dengan harga tiket penerbangan.
Isu utamanya adalah mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk tindakan pelarasan harga oleh industri dizahirkan dalam pendapatan sebenar, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.