Perang Amerika, Israel dan Iran: Hamas tegaskan komitmen laksana fasa kedua Pelan Gaza
Penduduk Palestin meneruskan aktiviti harian di sebuah kem sementara yang menempatkan penduduk yang dipindahkan di Deir al-Balah, tengah Carikan Gaza. (Gambar: AP)
Dalam kenyataannya, Hamas memaklumkan bahawa ia kekal serius untuk "melibatkan diri secara bertanggungjawab" dalam melaksanakan pelan 15 perkara tersebut serta menetapkan jadual pelaksanaan yang jelas.
"Keutamaan pada peringkat ini adalah memastikan pelaksanaan semua fasa dan kewajipan yang termaktub dalam perjanjian itu," menurut Hamas.
Hamas menambah bahawa proses berkenaan perlu membawa kepada gencatan senjata secara menyeluruh, menamatkan serangan Israel, melengkapkan pengunduran tentera Israel, membuka semula lintasan sempadan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan tempat perlindungan, memulakan usaha pembinaan semula serta membolehkan Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza memulakan tugasnya.
Hamas menggesa pihak pengantara, penjamin dan Lembaga Keamanan supaya "memikul tanggungjawab masing-masing", memastikan semua pihak mematuhi perjanjian itu serta menghalang sebarang pelanggaran yang boleh menjejaskan pelaksanaannya atau menggugat gencatan senjata.
Hamas turut memaklumkan bahawa ia akan terus terlibat secara "positif dan bertanggungjawab" terhadap usaha untuk melengkapkan pelaksanaan perjanjian, menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta "melindungi hak dan kepentingan nasional" mereka.
Sebelum itu pada Ahad, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan Lembaga Keamanan bagi Gaza dan menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari wilayah Palestin itu selagi Hamas belum dilucutkan senjata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.