Perang Amerika, Israel dan Iran: Filipina jalin kerjasama dengan Washington bagi pengecualian peroleh minyak dari negara disekat Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
Bicu pam minyak di luar Almetyevsk di Republik Tatarstan, Rusia, pada 4 Jun 2023. (Foto fail: Reuters/Alexander Manzyuk)
MANILA: Filipina sedang bekerjasama dengan Washington untuk mendapatkan pengecualian supaya ia boleh memperoleh minyak dari negara-negara yang disekat oleh Amerika Syarikat bagi menjamin bekalan, kata dutanya ke Amerika Syarikat.
Filipina yang bergantung pada bahan api diimport, mengisytiharkan darurat tenaga negara pada Selasa (24 Mac) bagi menangani kesan perang di Timur Tengah, termasuk perolehan minyak.
"Kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Negara bagi mendapatkan pengecualian untuk membeli minyak dari negara-negara yang disekat Amerika Syarikat," kata Jose Manuel Romualdez kepada Reuters dalam pertukaran kiriman teks menerusi telefon.
Apabila ditanya jika bekalan minyak dari Venezuela dan Iran adalah sebahagian daripada perbincangan, Encik Romualdez berkata "semua pilihan sedang dipertimbangkan".
Semasa ditanya mengenai respons daripada Jabatan Negara, beliau berkata: "Sedang diusahakan."
Setakat 20 Mac, pemerintah negara itu menyatakan Filipina mempunyai kira-kira 45 hari bekalan bahan api, dan sedang memperoleh lagi 1 juta tong minyak untuk membangunkan stok pemampan.
Pengisytiharan darurat itu, yang akan berkuat kuasa selama setahun, memberi kuasa kepada pemerintah untuk membeli bahan api dan produk petroleum bagi memastikan bekalan tepat pada masanya dan mencukupi.
Manila meningkatkan penjanaan arang batu buat sementara waktu disebabkan tekanan bekalan tenaga.
Ia dijangka menerima import minyak mentah Rusia pertamanya dalam tempoh lima tahun pada minggu ini, menyusuli pengecualian 30 hari yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.
Washington pada Jumaat juga mengeluarkan pengecualian sekatan selama 30 hari bagi pembelian minyak Iran di atas kapal yang sudah berada di laut.
Pengecualian itu tertakluk kepada bekalan minyak yang dipunggah ke mana-mana kapal, termasuk kapal tangki di bawah sekatan, pada atau sebelum 20 Mac dan dipunggah selewat-lewatnya 19 April.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.