Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Enam terkorban, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Enam terkorban, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Apr 2026 06:41PM Dikemas Kini : 05 Apr 2026 07:27PM
ISTANBUL: Serangan udara Israel ke atas bandar Kfar Hatta di Lubnan dilaporkan membunuh enam orang dan mencederakan dua yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA), menukil media Lubnan.

Menurut laporan itu, tentera Israel melakukan serangan udara ke atas Kfar Hatta, sebuah bandar berhampiran Sidon di selatan Lubnan, beberapa jam selepas mengeluarkan ancaman serangan.

Laporan itu menyatakan bahawa pasukan tindak balas kecemasan meneruskan usaha mencari mereka yang hilang di bawah runtuhan.

Sementara itu, pesawat pejuang Israel turut melancarkan serangan udara hebat sejak tengah malam di kawasan selatan Lubnan iaitu Kfar Dounine, Batouliyeh, Al-Shehabiyeh, Ain Baal, Kafra, Siddiqin, Wadi al-Hujayr, Nabatieh dan Qana.

Jurucakap tentera Israel Avichay Adraee sebelum ini menyiarkan ancaman serangan ke atas Kfar Hatta di platform X selepas mendakwa kumpulan Hezbollah beroperasi di bandar itu.

“Demi keselamatan anda, anda mesti segera mengosongkan rumah anda dan bergerak sekurang-kurangnya 1 kilometer dari kampung itu,” katanya kepada penduduk Kfar Hatta.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita