Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Dunia harungi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua

Dunia kini sedang mengharungi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua menyusuli ketegangan di Timur Tengah yang terus meragut nyawa orang awam serta menjejaskan mata pencarian dengan kesan terhadap rantaian global, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Dunia harungi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua

Dunia kini sedang mengharungi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua susulan ketegangan di Asia Barat yang terus meragut nyawa orang awam serta menjejaskan mata pencarian dengan kesan rantaian global, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (Gambar fail/REUTERS)

Diterbitkan : 26 Mar 2026 11:20AM Dikemas Kini : 26 Mar 2026 11:26AM
  • Jorge Moreira da Silva dari UNOPS menyatakan dunia kini menghadapi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua akibat konflik di Timur Tengah.
  • Konflik tersebut menyebabkan kehilangan tempat tinggal, kematian orang awam, dan menjejaskan ekonomi global dengan kenaikan harga minyak dan bahan api.
  • Negara membangun di Asia dan Afrika dijangka menerima impak paling teruk, dengan puluhan juta penduduk berisiko kebuluran tahun ini.
  • UNOPS menggesa pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB dan penyelesaian diplomatik untuk mengakhiri penderitaan rakyat.
Dijana oleh AI
GENEVA: Dunia kini sedang mengharungi tempoh paling ganas sejak Perang Dunia Kedua menyusuli ketegangan di Timur Tengah yang terus meragut nyawa orang awam serta menjejaskan mata pencarian dengan kesan terhadap rantaian global, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Dunia kita kini berada dalam keadaan paling ganas sejak Perang Dunia Kedua. Bilangan orang yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa melarikan diri dari rumah mereka meningkat setiap jam," kata Jorge Moreira da Silva, Pengarah Eksekutif Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS), dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Mac), lapor Xinhua.

Menurut beliau, konflik yang memusnahkan di Timur Tengah telah melangkaui sempadan dan menggoncangkan ekonomi dunia di tengah-tengah lonjakan harga minyak, bahan api, serta gas asli yang meningkat secara mendadak.

Beliau menarik perhatian bahawa negara-negara membangun di Asia dan Afrika berkemungkinan besar akan menerima impak yang paling teruk, manakala bilangan penduduk yang hidup dalam kebuluran di seluruh dunia dijangka meningkat berpuluh-puluh juta orang pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya melaksanakan semua resolusi Majlis Keselamatan PBB dan mengakhiri huru-hara serta penderitaan rakyat melalui penyelesaian diplomatik dan aman.

UNOPS, yang dahulunya sebahagian daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), ditubuhkan sebagai entiti berasingan yang membiayai diri sendiri dalam sistem PBB pada 1 Jan 1995.

Ia mempunyai ibu pejabat di Copenhagen, Denmark dan ia menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, pemerolehan, dan infrastruktur di lebih 100 negara seluruh dunia.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita