Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Dua kapal membawa bendera India diserang di Selat Hormuz

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Dua kapal membawa bendera India diserang di Selat Hormuz

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Apr 2026 07:31AM
  • Iran membatalkan keputusan membuka semula Selat Hormuz dan menembak kapal tangki yang cuba melintasi laluan itu pada 18 April.
  • Pengawal Revolusi Iran memberi amaran bahawa semua kapal yang menghampiri selat tersebut akan dianggap sebagai sasaran, termasuk kapal bendera India yang turut diserang.
  • Iran menyatakan tindakan itu sebagai reaksi terhadap kepungan Amerika Syarikat ke atas pelabuhannya, yang dianggap melanggar gencatan senjata.
  • Kementerian Ehwal Luar India telah menghubungi utusan Iran di New Delhi dan menyuarakan keprihatinan terhadap serangan ke atas kapal mereka.
Dijana oleh AI
EHRAN: Iran membatalkan keputusannya untuk membuka semula Selat Hormuz dan melepaskan tembakan terhadap kapal-kapal tangki yang cuba melalui laluan air itu pada Sabtu (18 Apr).

Ia turut memberi amaran bahawa ia akan terus menyekat pelayaran melalui selat itu selagi kepungan Amerika Syarikat terhadap pelabuhan Iran masih berkuat kuasa.

Markas tentera bersama Iran menyatakan pada Sabtu bahawa "kawalan terhadap Selat Hormuz sudah pun kembali ke keadaan sebelumnya... di bawah pengurusan dan kawalan ketat angkatan tentera."

Dua bot senjata dari Pengawai Revolusi Iran melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal tangki yang belayar di Selat Hormuz, kata pusat Operasi Perdagangan Maritim Britain Tentera Britain.

TankerTrackers.com melaporkan kapal-kapal terpaksa berpatah balik di selat itu, termasuk sebuah kapal tangki yang membawa bendera India, setelah mereka ditembak oleh Iran.

Kementerian Ehwal Luar India mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa dua kapal membawa bendera India yang sedang membawa minyak mentah diserang, ketika cuba melintasi selat itu.

India menyatakan ia sudah menghubungi utusan Iran ke New Delhi dan menyuarakan "keprihatinan mendalam" berhubung serangan terhadap dua kapal yang membawa bendera India itu.

IRAN: 'KAPAL CUBA HAMPIRI SELAT HORMUZ AKAN DISASARKAN'

Iran menganggap kepungan Amerika Syarikat terhadap pelabuhannya satu pelanggaran gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran memberi amaran pada Sabtu bahawa sebarang kapal yang menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai sasaran.

"Kami memberi amaran tiada kapal, dalam apa jua bentuk sekalipun, harus meninggalkan pelabuhannya di Teluk Parsi dan Laut Oman. Sebarang percubaan untuk menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai kerjasama dengan pihak musuh, dan kapal itu akan disasarkan," menurut kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi Pengawal Revolusi Iran, Sepah News.
 
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita