Perang Amerika, Israel dan Iran: Dewan Perwakilan Amerika undi hentikan tindakan tentera di Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Papan iklan menunjukkan Presiden Donald Trump dan Selat Hormuz di Dataran Valiasr di Tehran pada 26 Mei 2026. (Gambar: AFP/Atta Kenare)
KUWAIT CITY: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan ketetapan yang bertujuan menghentikan tindakan ketenteraan Amerika di Iran - satu langkah simbolik yang memberi tamparan politik kepada Presiden Donald Trump ketika usaha mencapai perjanjian dengan Tehran terus menemui jalan buntu.
Selepas beberapa minggu rundingan yang rumit diadakan, yang disertai retorik keras dan siri peningkatan keganasan, pihak-pihak yang terlibat masih gagal menghasilkan perjanjian untuk menamatkan perang dan membuka semula Selat Hormuz, iaitu laluan perkapalan penting bagi bekalan minyak dunia.
Washington dan Tehran turut mengeluarkan mesej yang bercanggah dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Iran pada Rabu (4 Jun) menyatakan bahawa “tiada kemajuan besar” dicapai, manakala Encik Trump sekali lagi meluahkan keyakinan dengan memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa “ia boleh berlaku ... pada hujung minggu ini”.
Namun, dalam perkembangan keganasan terbaharu, pihak berkuasa Kuwait memaklumkan bahawa serangan dron Iran yang diperbaharui pada Rabu menyasarkan terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, mengorbankan seorang individu dan mencederakan 63 yang lain.
Menyusuli insiden tersebut, empat ahli Kongres daripada Parti Republican yang dipimpin Encik Trump menyertai Democrat untuk mengundi menyokong resolusi berkenaan dengan keputusan 215 berbanding 208.
Ketetapan itu sebahagian besarnya bersifat simbolik kerana presiden Amerika Syarikat itu masih boleh menggunakan kuasa veto sekiranya ia diluluskan oleh Senat.
“Ini adalah mesej yang jelas dan tegas kepada Donald Trump bagi pihak rakyat Amerika: sudah tiba masanya untuk menamatkan perang pilihan beliau di Iran yang tidak popular dan menyalahi undang-undang,” kata Parti Democrat menerusi platform X.
Dalam satu pendengaran Kongres, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio berkata simpanan uranium diperkaya tahap tinggi milik Iran menjadi isu utama dalam perbincangan dengan Tehran.
Washington menegaskan bahawa Iran perlu menyerahkan uranium yang diperkaya hampir ke tahap gred senjata, bersetuju mengehadkan aktiviti nuklearnya dan membuka semula Selat Hormuz - laluan utama penghantaran minyak dan gas Teluk - sebelum sebarang perjanjian damai dapat dimeterai.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pula berkata saluran komunikasi dengan Amerika Syarikat masih terbuka, namun memberi amaran bahawa sebarang serangan Israel ke atas ibu negara Lubnan, Beirut, sebagai sebahagian daripada kempen terhadap Hezbollah yang disokong Iran akan mencetuskan “penyambungan semula perang secara besar-besaran”.
“Komunikasi dengan pihak Amerika tidak terputus dan mesej terus disampaikan mengenai keperluan menghentikan pencerobohan terhadap Beirut, tetapi tiada kemajuan ketara dicapai dalam proses rundingan,” lapor agensi berita Tasnim yang memetik kenyataan Araghchi kepada stesen televisyen Al Mayadeen di Lubnan.
“Sebarang serangan ke atas Beirut akan membawa padah yang buruk dan akan menyebabkan perang berskala penuh tercetus semula,” katanya.
“Angkatan bersenjata kami bersedia menyerang Israel sekiranya ia menyerang Beirut.”

Sumber : AFP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.