Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Delegasi Qatar tiba di Tehran untuk runding perang Iran

Sebuah delegasi dari Qatar tiba di Tehran pada Ahad (14 Jun), menurut media Iran dan seorang ahli diplomat, sebagai sebahagian daripada proses pengantaraan untuk menamatkan perang antara Iran dengan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Delegasi Qatar tiba di Tehran untuk runding perang Iran

Orang ramai berlalu di hadapan mural yang menggambarkan mantan pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeinei dan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei di sebuah jalan di Tehran, Iran pada 9 Jun 2026. (Gambar: Reuters/Majid Asgaripour)

Diterbitkan : 14 Jun 2026 06:04PM Dikemas Kini : 14 Jun 2026 06:06PM
TEHRAN: Sebuah delegasi dari Qatar tiba di Tehran pada Ahad (14 Jun), menurut media Iran dan seorang ahli diplomat, sebagai sebahagian daripada proses pengantaraan untuk menamatkan perang antara Iran dengan Amerika Syarikat.

Agensi berita ISNA Iran melaporkan seorang penasihat kepada menteri luar Qatar sudah pun dikerahkan ke republik Islam itu.

Satu lagi agensi berita Iran, Tasnim menyatakan tujuan lawatan itu adalah untuk "membincangkan perkembangan terkini berhubung proses diplomatik".

Seorang ahli diplomat yang berpengetahuan mengenai situasi itu memberitahu AFP pada Ahad bahawa "beberapa perunding Qatar tiba di Tehran pada pagi tadi".

Bercakap dengan syarat identitinya tidak didedahkan untuk membincangkan rundingan sensitif, ahli diplomat itu mendedahkan bahawa delegasi tersebut melakukan perjalanan ke Tehran "bagi bantu memudahkan proses memuktamadkan perjanjian".

Pakistan yang memimpin usaha pengantaraan bagi menamatkan perang Timur Tengah yang sudah berlarutan selama beberapa bulan, dan Amerika Syarikat menyatakan satu perjanjian untuk menamatkan perang akan dimeterai pada Ahad.

Namun Tehran menimbulkan keraguan terhadap bila perjanjian itu akan dimeterai, dan media Iran melaporkan satu keputusan muktamad mengenai rangka kerja itu belum lagi dibuat.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita