Perang Amerika, Israel dan Iran: Delegasi Iran dijangka tiba di Islamabad jelang rundingan Amerika Syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota keselamatan melencongkan trafik selepas menutup kawasan Zon Merah di Islamabad pada 9 April 2026. (Gambar: AFP/Aamir Qureshi)
ISLAMABAD: Delegasi Iran dijangka tiba di Islamabad lewat Khamis (9 April) menjelang rundingan yang diusahakan oleh Pakistan dengan Amerika Syarikat, kata utusan Iran.
Pakistan bersedia untuk rundingan yang melibatkan wakil dari Amerika Syarikat dan Iran berhubung perang Timur Tengah, dengan Rumah Putih berkata Naib Presiden JD Vance akan memimpin rundingan di Islamabad "hujung minggu ini".
Duta Iran ke Pakistan, Reza Amiri Moghadam, berkata dalam catatan di X bahawa "walaupun terdapat keraguan disebabkan oleh pelanggaran gencatan senjata berulang oleh rejim Israel" Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengalu-alukan delegasi Iran untuk "rundingan serius".
"Delegasi Iran tiba malam ini di Islamabad untuk rundingan serius berdasarkan 10 perkara yang dicadangkan oleh Iran," tambah Moghadam.
Perkembangan itu berlaku ketika pihak berkuasa di ibu negara Pakistan mengisytiharkan cuti tempatan di seluruh Islamabad pada hari Rabu untuk beberapa hari akan datang.
Walaupun tiada sebab khusus diberikan, cuti atau sekatan sering dikeluarkan atas sebab keselamatan menjelang acara diplomatik berprofil tinggi di rantau ini.
Pejabat yang menyediakan perkhidmatan penting akan kekal dibuka dalam tempoh ini, termasuk polis, hospital dan utiliti kuasa dan gas.
"Perkhidmatan penting akan kekal beroperasi," kata pejabat timbalan pesuruhjaya dalam satu kenyataan yang disiarkan di X pada Rabu, menasihati penduduk untuk "merancang kegiatan mereka dengan sewajarnya".

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.