Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Badan antarabangsa beri amaran kekurangan bahan api musim panas jika Selat Hormuz ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Badan antarabangsa beri amaran kekurangan bahan api musim panas jika Selat Hormuz ditutup

(Gambar fail: Reuters)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 30 May 2026 07:36PM Dikemas Kini : 30 May 2026 07:37PM

WASHINGTON: Beberapa organisasi antarabangsa, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Bank Dunia, memberi amaran tentang risiko kekurangan bekalan bahan api pada musim panas ini jika lalu lintas maritim melalui Selat Hormuz tidak kembali normal dengan segera.

Dalam kenyataan bersama, ketua ketiga-tiga institusi berkenaan menyatakan bahawa inventori minyak global sedang menyusut pada kadar rekod berikutan kehilangan besar bekalan yang melalui Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Mereka memberi amaran bahawa penyusutan pantas rizab global secara berterusan akan meningkatkan risiko terhadap keselamatan bekalan bahan api, kestabilan pasaran dan daya tahan ekonomi secara keseluruhan sekiranya aliran perkapalan tidak dipulihkan sebelum kemuncak permintaan musim panas di Hemisfera Utara. 

Kenyataan itu menambah bahawa lonjakan harga tenaga dan baja akibat konflik di Asia Barat telah memberi kesan yang tidak seimbang kepada negara berpendapatan rendah, sambil menyatakan bahawa harga baja yang lebih tinggi amat membimbangkan ketika banyak negara sedang memasuki musim menanam.

Iran telah menyekat laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, sebuah laluan air penting yang biasanya dilalui oleh kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair global, sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat -Israel yang dilancarkan pada akhir Februari.

Pada April, ketua IMF, Bank Dunia, dan IEA mengumumkan bahawa mereka sedang membentuk satu kumpulan untuk menyelaraskan tindak balas agensi berkenaan terhadap krisis itu, terutamanya bagi ekonomi yang rapuh.

Pada Mesyuarat Musim Bunga IMF tahun ini, Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva menekankan bahawa perang berkenaan telah memaksa pengurangan dalam unjuran pertumbuhan global.

Beliau menganggarkan bahawa ekonomi yang rapuh akan memerlukan bantuan kewangan antara US$20 bilion (S$25.54 bilion) hingga US$50 bilion (S$63.84 bilion) berikutan kesan ekonomi daripada konflik tersebut.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita