Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: ASEAN import 66% minyak mentah; perang 'himpit' negara anggota

Perang berterusan di Timur Tengah kini memberi tekanan langsung kepada keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi ASEAN.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: ASEAN import 66% minyak mentah; perang 'himpit' negara anggota

Setiausaha Ehwal Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Khamis (7 Mei 2026).

Diterbitkan : 07 May 2026 04:42PM Dikemas Kini : 07 May 2026 04:43PM
CEBU: Perang berterusan di Timur Tengah kini memberi tekanan langsung kepada keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi ASEAN.

Setiausaha Ehwal Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro berkata ASEAN, yang mengimport kira-kira 66 peratus minyak mentah, kini berdepan peningkatan ketara kos bahan api dan tenaga menyusuli krisis berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu turut menyebabkan kenaikan harga input pertanian, makanan dan barangan asas selain menjejas sektor pengangkutan serta pelancongan.

“Perkembangan di luar rantau boleh memberi kesan segera dan mendalam kepada ASEAN,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Khamis (7 Mei).

Menyusuli krisis itu, beliau berkata, Filipina terpaksa mengisytiharkan darurat tenaga nasional pada 24 Mac lalu, sekali gus memaksa beberapa mesyuarat ASEAN tahun ini diadakan secara maya serta mengurangkan skala sidang fizikal.

Cik Lazaro berkata, ASEAN turut mengadakan dua mesyuarat khas menteri luar bagi menyelaras tindak balas kolektif terhadap kesan perang Timur Tengah.

Tambah beliau, pengalaman itu menunjukkan ASEAN perlu memperkukuh penyelarasan krisis dan kesiapsiagaan institusi bagi menghadapi cabaran geopolitik global.

Pada masa yang sama, beliau berkata, ASEAN tetap komited meneruskan agenda pembinaan masyarakat serantau termasuk proses integrasi Timor-Leste serta usaha menangani krisis Myanmar melalui Konsensus Lima Perkara.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita