Perang Amerika, Israel dan Iran: Arab Saudi kecam ancaman sekatan maritim Houthi
Anggaran Waktu Membaca:
Bot-bot terapung berhampiran pesisir pantai Selat Bab el-Mandeb, Yaman, pada 2 April 2026. (Gambar fail: Reuters)
RIYADH: Arab Saudi pada Isnin (20 Jul) mengecam apa yang disifatkannya sebagai dakwaan kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran bahawa kerajaan itu mengepung rakyat Yaman, selepas kumpulan tersebut mengumumkan akan mengenakan sekatan maritim ke atas Saudi.
Houthi pada Isnin menyatakan ia akan mengenakan kepungan laut terhadap Saudi, sekali gus berpotensi membuka medan baharu dalam perang yang melibatkan Amerika Syarikat dengan Iran, serta meningkatkan ancaman terhadap bekalan tenaga dan perdagangan global di luar rantau Teluk.
Dalam kenyataannya, angkatan bersenjata Houthi menyatakan ia mengisytiharkan "sekatan maritim terhadap musuh jenayah Arab Saudi, berdasarkan prinsip 'balasan setimpal', berkuat kuasa serta-merta" sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwa sebagai "kepungan tidak adil dan bersifat menindas" yang dikenakan Saudi ke atas Yaman.
Kementerian Luar Arab Saudi mengecam dakwaan jurucakap tentera Houthi bahawa kerajaan itu mengepung Yaman dan mengenakan sekatan maritim. Dalam kenyataannya, kementerian itu menyatakan Saudi akan mengambil "semua langkah yang perlu" untuk melindungi kapal-kapalnya.
Yaman terjerumus dalam perang saudara selama lebih sedekad sejak Houthi menawan ibu negara, Sanaa, yang mendorong campur tangan ketenteraan diketuai Saudi pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Perang itu sejak itu berkembang menjadi antara krisis kemanusiaan paling buruk di dunia, menyebabkan negara itu berpecah antara kerajaan yang disokong Saudi di Aden dan pentadbiran Houthi di Sanaa.
Kapal kargo dan kapal lain terus berlabuh di pelabuhan Hodeidah yang dikuasai Houthi, termasuk dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bagi menghantar bekalan makanan, bahan api dan barangan lain, menurut data perkapalan.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.