Perang Amerika, Israel dan Iran: Anggota Kongres gesa Lubnan dilibatkan dalam gencatan senjata Amerika-Iran
Kurang 24 jam gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran pada Rabu, Israel berdegil dan melancarkan serangan ke atas Lubnan. (Gambar: AP)
“Lubnan mesti dimasukkan dalam gencatan senjata yang rapuh ini,” kata Yassamin Ansari menerusi platform X.
Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas serangan Israel ke atas Lubnan mengorbankan lebih 250 orang.
“Pengeboman dahsyat dan pembunuhan ratusan orang awam di Beirut dan tempat lain oleh Netanyahu perlu dihentikan serta-merta,” kata Encik Ansari, merujuk kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Beliau menggesa Presiden Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance menggunakan pengaruh mereka.
Amerika Syarikat dan Iran pada Selasa (7 Apr) mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu yang bertujuan membuka jalan kepada perjanjian muktamad bagi menamatkan perang yang dilancarkan Washington dan Tel Aviv terhadap Tehran pada 28 Februari, mengorbankan serta mencederakan ribuan orang.
Walaupun pengantara utama, Pakistan menyatakan bahawa gencatan senjata itu merangkumi Lubnan, kedua-dua Amerika Syarikat dan Israel menyatakan perjanjian itu tidak melibatkan negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.