Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika usir 2 anggota delegasi Iran ke PBB

Amerika Syarikat sudah "mengusir" dua anggota delegasi Iran yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini selepas mereka mengingkari arahan untuk meninggalkan negara itu, menurut Jabatan Negara pada Sabtu (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika usir 2 anggota delegasi Iran ke PBB

Presiden Iran Masoud Pezeshkian berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-81 di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, pada 23 September 2026. (Gambar fail: REUTERS/Mike Segar)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 10:52AM
US, Israel and Iran war: US expels 2 members of Iran's UN delegation
  • The US State Department expelled two members of Iran's delegation who remained in New York after the UN General Assembly ended.
  • The action was taken after an order to leave on Monday was not complied with, with Iran's mission to the UN informing them of their presence on Friday.
  • Axios reported that one member departed on Friday night, while the other left the United States on Saturday morning.
  • Against the backdrop of bilateral ties, US and Iranian officials met in New York, but IRNA reported that no other direct talks were scheduled.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah "mengusir" dua anggota delegasi Iran yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini selepas mereka mengingkari arahan untuk meninggalkan negara itu, menurut Jabatan Negara pada Sabtu (3 Okt).

"Dua lagi anggota delegasi Iran didapati masih berada di New York lama selepas Perhimpunan Agung PBB berakhir. Mereka kini sudah diusir dari Amerika Syarikat," kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada AFP, sambil menambah bahawa Setiausaha Negara Marco Rubio "serius dalam perkara tersebut".

Media Amerika Syarikat melaporkan, Jabatan Negara sudah mengarahkan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan delegasinya supaya meninggalkan negara itu pada Isnin. Ia kemudian mengambil tindakan mengusir dua anggota tersebut selepas dimaklumkan oleh misi Iran ke PBB bahawa mereka masih berada di negara tersebut pada Jumaat.

Seorang anggota delegasi tersebut meninggalkan Amerika Syarikat pada Jumaat malam, manakala seorang lagi berlepas pada pagi Sabtu, menurut Axios.

Pegawai Amerika Syarikat dan Iran bertemu di New York pada minggu sebelumnya di luar Perhimpunan Agung PBB.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini menolak usulan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz, namun memberitahu media Amerika Syarikat bahawa beliau menjangkakan rundingan akan disambung semula dalam beberapa hari akan datang.

Agensi berita pemerintah Iran, IRNA, melaporkan bahawa Tehran tidak mempunyai sebarang rundingan langsung lain yang dijadualkan dengan Washington.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita