Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika serang aset tentera Iran di Goruk, Pulau Qeshm

Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan pasukannya melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran ketenteraan Iran pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika serang aset tentera Iran di Goruk, Pulau Qeshm

Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan pasukannya melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran ketenteraan Iran di bandar Goruk dan Pulau Qeshm. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 01 Jun 2026 03:59PM
WASHINGTON: Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan pasukannya melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran ketenteraan Iran pada hujung minggu lalu.

Dalam satu kenyataan di platform X, CENTCOM menyatakan bahawa serangan itu dilancarkan sebagai langkah "mempertahankan diri" menyusuli kejadian melibatkan dron Amerika Syarikat sebelum ini.

Menurut agensi tersebut, operasi berkenaan menyasarkan lokasi-lokasi di bandar Goruk serta Pulau Qeshm.

Menurut CENTCOM, serangan itu berjaya memusnahkan beberapa aset ketenteraan Iran termasuk sistem pertahanan udara, stesen kawalan dan dron serangan.

“Aset-aset yang dimusnahkan ini dikenal pasti sebagai ancaman terhadap keselamatan perkapalan komersial di perairan serantau,” menurut kenyataan tersebut.

Perkembangan itu berlaku sedang ketegangan antara Washington dan Tehran terus meningkat, khususnya di kawasan laluan maritim strategik Timur Tengah.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung serangan tersebut.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita