Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika rampas kapal tangki minyak berkait Iran di Lautan Hindi

Anggaran Waktu Membaca:
 Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika rampas kapal tangki minyak berkait Iran di Lautan Hindi

(Gambar: Google Map)

Diterbitkan : 20 May 2026 12:14PM Dikemas Kini : 20 May 2026 12:18PM
WASHINGTON: Amerika Syarikat merampas sebuah kapal tangki minyak yang dikaitkan dengan Iran di Lautan Hindi, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Wall Street Journal pada Selasa (19 Mei), ketika Washington mengekalkan tekanan ketenteraan dan ekonomi terhadap Tehran walaupun rundingan masih diteruskan.

Kapal tangki yang diberi nama Skywave itu dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat pada Mac atas peranannya dalam mengangkut minyak Iran dan dipercayai membawa lebih sejuta tong minyak mentah yang dimuatkan di Pulau Kharg, Iran pada Februari lalu, menurut laporan itu.

Wall Street Journal yang memetik broker dan data daripada Lloyd’s List Intelligence melaporkan bahawa kapal itu beroperasi di kawasan yang dikenali sebagai lokasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal secara sulit.

Laporan itu muncul ketika ketegangan serantau kekal memuncak menyusuli serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada akhir Februari lalu.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan menyasarkan Israel dan sekutu Amerika Syarikat di Teluk, termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), selain menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Presiden Donald Trump kemudian melanjutkan gencatan senjata itu tanpa sebarang garis masa.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita