Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika mahu Iran berikrar buka semula laluan di Selat Hormuz
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kapal di Selat Hormuz seperti dilihat dari Musandam, Oman pada 8 Julai 2026. (Gambar: Reuters)
- Menteri Luar Iran Abbas Araqchi tiba di Oman untuk membincangkan laluan selamat kapal di Selat Hormuz, dengan Oman bertindak sebagai pengantara.
- Amerika Syarikat dan Iran bersetuju meneruskan rundingan walaupun ketegangan meningkat, namun terdapat tuduhan pelanggaran gencatan senjata oleh kedua-dua pihak.
- Serangan ke atas kapal komersil Qatar dan Saudi awal minggu itu menyebabkan tindakan balas ketenteraan antara Amerika Syarikat, Iran dan sekutunya.
- Rundingan dijangka melibatkan pegawai kanan Amerika Syarikat, tetapi Iran menegaskan tiada rundingan selanjutnya selagi Amerika tidak mengubah pendiriannya.
WASHINGTON: Menteri Luar Iran tiba di Oman pada Sabtu (11 Jul) untuk membincangkan aturan bagi laluan selamat bagi kapal-kapal melalui Selat Hormuz, menurut media tempatan di Iran, dengan Washington menuntut ikrar terbuka bagi laluan yang bebas dan selamat.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (10 Jul) bahawa Amerika Syarikat dan Iran bersetuju untuk meneruskan dengan rundingan walaupun permusuhan meningkat pada minggu ini, di samping mengisytiharkan penamatan gencatan senjata yang dicapai antara kedua-dua pihak.
Walau bagaimanapun, tiada serangan dilaporkan pada Jumaat atau awal Sabtu.
Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim menyatakan pada Sabtu bahawa Menteri Luar Abbas Araqchi sudah tiba di Oman.
Negara itu membantu bertindak sebagai pengantara untuk menamatkan perang yang menyebarkan rasa tidak selamat di Teluk dan menaikkan harga di seluruh dunia sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari.
CBS News dan rakan kongsinya di Britain, BBC melaporkan bahawa Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance, Setiausaha negara Marco Rubio, utusan khas Steve Witkoff dan menantu Presiden Trump, Jared Kushner dijangka memimpin rundingan bersama Encik Araqchi pada Sabtu.
Reuters tidak segera dapat mengesahkan laporan itu, yang tidak menyatakan sama ada mereka akan berada di Oman atau menghadirinya secara maya.
Agensi berita Fars dari Iran kemudian menukil sumber yang menyatakan tiada rundingan akan diadakan sehingga Amerika Syarikat berundur daripada kedudukannya.
IRAN DAKWA AMERIKA MUNGKIN MELANGGAR PERJANJIAN SEMENTARA
Encik Araqchi menuduh Amerika Syarikat melanggar perjanjian gencatan senjata; Amerika Syarikat pula membatalkan lesen yang meluluskan penjualan minyak mentah Iran pada Selasa selepas kapal-kapal diserang.
"Hanya pematuhan bersama sahaja yang boleh wujud," katanya dalam platform X.
Tiga kapal komersil Qatar dan Saudi diserang pada awal minggu ini, mendorong Amerika menyerang kubu Iran, dan Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap kubu-kubu tentera Amerika di negara-negara Teluk.
Walaupun Iran tidak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang berlaku terhadap kapal-kapal tersebut, para penganalisis berkata Tehran menggunakan tindakan sedemikian untuk mendapatkan kelebihan dalam rundingan.
Para pegawai kanan Amerika memberitahu wartawan pada Jumaat bahawa Iran memaklumkan kepada pegawai Amerika bahawa serangan yang berlaku baru-baru ini terhadap kapal-kapal di selat berpunca daripada "bahagian sistem mereka yang menyimpang", komen yang kelihatan bertujuan meredakan ketegangan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.