Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika lancar serangan ke atas Iran 3 malam berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kapal di Selat Hormuz seperti dilihat dari Musandam, Oman pada 8 Julai 2026. (Gambar: Reuters)
DUBAI: Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran untuk malam ketiga berturut-turut, sedang Presiden Donald Trump mengenakan semula sekatan ke atas pelabuhan-pelabuhan Iran dan mencadangkan supaya semua kapal membayar yuran kepada Amerika Syarikat untuk melalui Selat Hormuz yang strategik.
Tentera Jordan menyatakan pada Selasa (14 Jul) bahawa ia berjaya memintas dan menembak jatuh empat peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, ketika Tehran meneruskan serangan terhadap sekutu Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap serangan Washington.
"Empat peluru berpandu berjaya dipintas dan ditembak jatuh selepas memasuki ruang udara Jordan dari wilayah Iran," menurut kenyataan tentera.
Letupan turut kedengaran di ibu negara Bahrain pada pagi Selasa, menurut wartawan AFP, selepas semboyan amaran dibunyikan buat kali ketiga sejak subuh.
Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan pada Selasa bahawa Iran menyerang dua buah kapal di Selat Hormuz menggunakan peluru berpandu, mengorbankan seorang anak kapal dan mencederakan lapan yang lain.
Negara itu merupakan sekutu utama Amerika Syarikat di rantau tersebut dan telah melaporkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron dari Iran.
Sebuah kapal tangki minyak turut terkena peluru berpandu berhampiran pelabuhan perikanan Limah di Oman, menurut agensi Operasi Perdagangan Maritim Britain.
"Sebuah kapal tangki minyak melaporkan terkena peluru berpandu ketika belayar keluar melalui laluan selatan. Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu," menurut kenyataan agensi tersebut.
HARGA MINYAK MENINGKAT SEMULA
Harga minyak kembali melonjak pada Selasa menyusuli serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Iran.
Harga minyak mentah penanda aras West Texas Intermediate (WTI) dan Brent North Sea Crude masing-masing meningkat kira-kira 2.5 peratus kepada AS$80.15 (S$103.60) dan AS$85.37 (S$110.40) setong.
Sehubungan itu, China menggesa Amerika Syarikat dan Iran pada Selasa supaya memulihkan laluan selamat melalui Selat Hormuz.
"Memulihkan laluan biasa dan selamat melalui selat itu secepat mungkin adalah aspirasi bersama masyarakat antarabangsa," kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, dalam satu sidang media.
Beliau menambah Beijing akan "terus berusaha tanpa henti untuk membantu meredakan ketegangan" dalam krisis tersebut.
AMERIKA KEPUNG SEMULA PELABUHAN IRAN
Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menyatakan atas arahan Presiden Donald Trump, sekatan ke atas pelabuhan Iran akan dikenakan semula mulai 8.00 malam GMT pada Selasa.
Washington sebelum ini melonggarkan sekatan tersebut selepas kedua-dua pihak yang bertelagah mencapai perjanjian sementara pada Jun untuk menamatkan perang, namun Encik Trump berikrar untuk menguatkuasakannyasemula menyusuli tercetusnya semula pertempuran.
Encik Trump berkata pada Isnin bahawa Amerika Syarikat kini "mengambil alih" Selat Hormuz dan akan mengenakan bayaran bagi operasinya.
Dalam catatannya di platform Truth Social, beliau berkata Amerika Syarikat "akan dibayar balik pada kadar 20 peratus daripada semua kargo yang dihantar bagi menampung segala kos yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keamanan" di selat tersebut.
Tentera Iran memberi amaran pada Isnin bahawa ia tidak akan membenarkan Amerika Syarikat "campur tangan" dalam pengurusan Selat Hormuz.
Jurucakap Markas Tentera Khatam Al-Anbiya berkata dalam satu mesej video bahawa Tehran "dalam apa jua keadaan tidak akan membenarkan... Amerika Syarikat campur tangan dalam pengurusan" laluan perairan strategik itu.
Beliau turut memberi amaran kepada negara-negara Teluk bahawa sebarang kerjasama dengan Amerika Syarikat akan dianggap sebagai "tindakan perang".
Serangan Amerika Syarikat pada Isnin mengorbankan dua orang di barat daya Iran, di kawasan pengeluar minyak berhampiran sempadan Kuwait dan Iraq, menurut agensi berita Iran, Fars dan Tasnim.
"Setakat ini, dua orang disahkan maut dan tiga lagi cedera," menurut kedua-dua agensi itu yang memetik seorang pegawai wilayah Khuzestan.
Media dan penduduk turut melaporkan terdengar letupan berhampiran Bandar Abbas dan pulau Qeshm, menurut agensi berita Mehr.
Markas Pusat Amerika Syarikat kemudian mengesahkan bahawa ia menggunakan dron laut sehala buat pertama kali untuk menyerang pelabuhan tersebut.

Sumber : AFP/IM/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.