Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika lancar peluru berpandu Hellfire ke arah kapal tangki menuju Iran

Tentera Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu Hellfire ke arah sebuah kapal tangki yang sedang menuju ke Iran pada Selasa (2 Jun) sebagai sebahagian daripada kepungan yang dikenakan Presiden Donald Trump, yang sedang mengenakan tekanan terhadap Tehran supaya merundingkan perjanjian damai mengikut syarat-syarat yang ditetapkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika lancar peluru berpandu Hellfire ke arah kapal tangki menuju Iran

Beberapa kapal di Selat Hormuz, seperti yang dilihat dari Musandam, Oman, pada 1 Jun 2026. (Gambar fail: REUTERS/Stringer)

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu Hellfire ke arah sebuah kapal tangki yang sedang menuju ke Iran pada Selasa (2 Jun) sebagai sebahagian daripada kepungan yang dikenakan Presiden Donald Trump, yang sedang mengenakan tekanan terhadap Tehran supaya merundingkan perjanjian damai mengikut syarat-syarat yang ditetapkannya.

Markas Pusat tentera Amerika Syarikat menyiarkan rakaman video yang menunjukkan peluru berpandu itu mengena kapal tangki tersebut dan menyatakan bahawa ia menyasarkan bilik enjin kapal M/T Lexie yang berdaftar di Botswana, sekali gus melumpuhkannya.

“Kakitangan kapal itu mengabaikan amaran yang diberikan berulang kali dan gagal mematuhi arahan tentera Amerika Syarikat beberapa kali dalam tempoh 24 jam,” menurut Markas Pusat dalam satu kenyataan.

“Sebuah pesawat Amerika Syarikat akhirnya melumpuhkan kapal tersebut dengan melancarkan peluru berpandu Hellfire ke dalam bilik enjinnya, sekali gus menghalang kapal tangki itu daripada sampai ke Iran.”

Lexie merupakan kapal keenam yang dilumpuhkan tentera Amerika Syarikat sejak kepungan terhadap Iran bermula pada 13 April.

Tentera Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa setakat ini ia sudah mengarahkan sebanyak 122 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran supaya menukar haluan.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita