Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika kenakan sekatan baharu terhadap jualan minyak Iran ke China

Pemerintah Amerika Syarikat pada Isnin (11 Mei) mengumumkan sekatan terhadap tiga individu dan sembilan syarikat, termasuk empat yang berpangkalan di Hong Kong dan empat di Amiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membantu dalam penghantaran minyak Iran ke China.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika kenakan sekatan baharu terhadap jualan minyak Iran ke China

Kapal tangki minyak dan kapal kargo beratur di Selat Hormuz seperti dilihat dari Khor Fakkan, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11 Mac 2026. (Gambar fail: AP/Altaf Qadri)

Diterbitkan : 12 May 2026 10:34AM Dikemas Kini : 12 May 2026 10:35AM
WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat pada Isnin (11 Mei) mengumumkan sekatan terhadap tiga individu dan sembilan syarikat, termasuk empat yang berpangkalan di Hong Kong dan empat di Amiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membantu dalam penghantaran minyak Iran ke China.

Syarikat yang kesembilan berpangkalan di Oman.

Langkah Perbendaharaan Amerika itu dibuat menyusuli sekatan yang diumumkan pada Jumaat terhadap beberapa individu dan syarikat yang membantu dalam penjualan senjata kepada Iran dan komponen yang digunakan untuk membuat dron dan peluru berpandu balistik.

Ia berlaku beberapa hari sebelum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadual bertemu dengan Presiden China Xi Jinping, di mana beliau dijangka mendesak pemimpin China itu untuk bantu menyelesaikan kebuntuan dengan Iran dan membuka semula Selat Hormuz.

Perbendaharaan Amerika Syarikat menyatakan peruntukan baharu oleh Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) ditujukan kepada individu dan entiti dan membantu Kor Pengawal Revolusi Islam Iran untuk menjual dan menghantar bekalan minyak Iran ke China menggunakan beberapa siri syarikat depan.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Scott Bessent berkata pentadbiran Encik Trump akan terus meningkatkan tekanan terhadap Tehran untuk melucutkan pembiayaan pemerintah dan tentera Iran bagi senjata, program nuklear atau sokongan untuk proksi di rantau itu.

"Perbendaharaan akan terus menyekat rejim Iran daripada rangkaian kewangan yang ia gunakan untuk menjalankan aktiviti pengganasan dan menggoyahkan kestabilan ekonomi global," kata Encik Bessent.

IRGC, yang diperuntukkan oleh Washington sebagai sebuah pertubuhan pengganasan, bergantung pada syarikat-syarikat depan untuk mengatur dan menerima bayaran bagi bekalan penghantaran minyak Iran, menurut Perbendaharaan Amerika.

Tindakan pada Isnin itu menambah pada sekatan yang dikenakan pada Julai 2025 terhadap Golden Globe, iaitu sebuah syarikat berpangkalan di Turki di mana Perbendahaan menyatakan ia mengendalikan beratus-ratus juga dolar penjualan minyak IRGC setiap tahun.

Tiga individu yang disekat oleh Amerika Syarikat bekerja bagi ibu pejabat minyak Shaid Purja'fari IRGC, di mana mereka bertanggungjawab menyelaraskan bayaran menerusi Golden Globe, menurut Perbendaharaan.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita