Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika arah 51 kapal patah balik dari pelabuhan Iran

Amerika Syarikat menyatakan pada Selasa (5 Mei) sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran telah diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya, lapor Anadolu Ajansi.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Amerika arah 51 kapal patah balik dari pelabuhan Iran

Kapal-kapal di Selat Hormuz, Musandam, Oman pada 27 April 2026. (Gambar: Reuters/Stringer)

HAMILTON: Amerika Syarikat menyatakan pada Selasa (5 Mei) sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran telah diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya, lapor Anadolu Ajansi.

"Setakat hari ini, 51 kapal telah diarahkan berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi menghalang kapal komersial daripada memasuki atau meninggalkan Iran," menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) menerusi platform X.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak dua buah kapal berbanding 49 kapal yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut CENTCOM, seorang kelasi Amerika yang bertugas di atas kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Michael Murphy (DDG 112) dilihat memantau operasi penerbangan di Laut Arab ketika tentera Amerika menguatkuasakan sekatan berkenaan.

Sejak 13 April, Amerika Syarikat menguatkuasakan sekatan maritim yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz.

Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran ke atas laluan kapal melalui kawasan itu susulan peperangan yang bermula pada 28 Feb lepas, yang kini sedang ditangguhkan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita