Perang Amerika, Israel dan Iran: 9,000 sasaran diserang dalam 10 hari sejak tercetus perang
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran Alireza Zakani pada Khamis (12 Mac), lapor Anadolu Ajansi yang menukil televisyen pemerintah Iran.
Encik Zakani menyatakan semasa perang 12 hari pada Jun 2025, sebanyak 1,450 sasaran diserang. Beliau menambah operasi pembersihan runtuhan berskala besar sedang dijalankan di bandar itu.
Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. Pihak berkuasa Iran melaporkan bahawa serangan itu setakat ini mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, serta mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Israel dan Amerika Syarikat sebelum ini turut melancarkan serangan terhadap Iran pada Jun tahun lepas ketika rundingan antara Amerika dengan Iran, yang dimudahcara oleh Oman sebagai pengantara.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.