Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: 5 maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan meski gencatan senjata berkuat kuasa

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: 5 maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan meski gencatan senjata berkuat kuasa

Kepulan asap kelihatan dari Nabatieh di selatan Lubnan selepas serangan Israel di selatan Lubnan pada 19 Jun 2026. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jun 2026 03:52PM
  • Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh akibat serangan udara dan dron Israel di Nabatieh, selatan Lubnan, pada 20 Jun.
  • Serangan tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah mula berkuat kuasa.
  • Israel turut menggunakan meriam untuk membedil kawasan kediaman, menyebabkan kemusnahan bangunan dan rumah.
  • Gencatan senjata dipersetujui pada 19 Jun selepas ketegangan meningkat, dengan pengesahan daripada pegawai Amerika Syarikat, Israel dan sumber Hezbollah.
Dijana oleh AI
DUBAI: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan udara dan dron Israel di selatan Lubnan pada Sabtu (20 Jun), menurut laporan media pemerintah Lubnan, hanya beberapa jam selepas gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran mula berkuat kuasa.

Agensi berita negara, NNA, melaporkan bahawa pesawat pejuang dan dron Israel melancarkan beberapa serangan di kawasan Nabatieh sepanjang malam hingga pagi Sabtu (20 Jun), memusnahkan bangunan kediaman dan rumah-rumah.

Pada masa yang sama, meriam Israel turut membedil Nabatieh dan kawasan sekitarnya pada dini hari.

Israel dan Hezbollah bersetuju dengan gencatan senjata itu pada Jumaat (19 Jun) selepas ketegangan dan pertempuran semakin meningkat di Lubnan, menurut seorang pegawai Amerika Syarikat.

Seorang pegawai kanan Israel dan dua sumber Hezbollah mengesahkan perjanjian tersebut kepada Reuters.

Pegawai Amerika Syarikat itu berkata gencatan senjata berkenaan mula berkuat kuasa pada pukul 4.00 petang waktu tempatan (1.00 petang GMT) pada Jumaat (19 Jun).
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita